000000
X
PALESTIN
40 Warga Gaza Terkorban, Puluhan Lagi Cedera Akibat Dibom Jet Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
17 Oktober 2023 | 5.22 petang
Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban hari ini dan puluhan lagi cedera apabila sebuah pesawat perang Israel menyerang sebuah rumah di Khan Younis, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan agensi berita tempatan WAFA,  pesawat milik Israel tersebut telah mengbom sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga al-Lamdani, menyebabkan lebih daripada 40 orang terkorban, kebanyakan daripadanya adalah mangsa yang terpaksa berpindah dari bahagian utara Semenanjung Gaza sejak diserang oleh rejim Israel.

Puluhan mangsa lagi turut terkorban di Khan Younis dan Rafah sejak dari pagi hari ini akibat serangan udara ke atas rumah-rumah warga Palestin.

Keganasan Israel terhadap Semenanjung Gaza terus berlanjutan selama 11 hari, dengan bom dari pesawat perang, kapal perang, yang menyerang rumah-rumah, menara, dan bangunan kediaman, hingga mengakibatkan ribuan kematian dan kecederaan, kebanyakannya adalah orang awam, selain daripada kerosakan harta benda dan infrastruktur.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,368
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....