000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Lancar Peluru Berpandu Ayyash 250, Sasar Penempatan Pimpinan Zionis
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 Oktober 2023 | 8.30 malam
Briged Tentera Al-Qassam hari ini buat kali pertamanya telah melancarkan peluru berpandu Ayyash 250 ke arah bandar Safed yang dijajah di bahagian utara Palestin. 

Al-Qassam menyatakan dalam kenyataan akhbar bahawa mereka telah mengebom tanah-tanah yang diduduki dengan peluru berpandu Ayyash 250 sebagai serangan balas terhadap serangan rejim penjajah Zionis ke atas penduduk awam Palestin di Gaza. Menurut laporan akhbar Yedioth Ahronoth Ibrani, peluru berpandu terkini yang dilancarkan dari Gaza ke arah jarak lebih 200 km utara Palestin itu, merupakan peluru berpandu terjauh yang pernah dilancarkan oleh Al-Qassam dari wilayah tersebut. 

Menurut kenyataan Briged Al-Qassam, serangan peluru berpandu Ayyash itu disasarkan kepada kawasan penempatan pimpinan utama tentera Zionis Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,415
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....