000000
X
PALESTIN
Internet dan Rangkaian Telekomunikasi Gaza Akan Lumpuh Sepenuhnya
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 Oktober 2023 | 8.30 malam
Kumpulan Telekomunikasi Palestin mengumumkan hari ini bahawa rangkaian mereka telah mengalami kerosakan teruk yang sangat memberi kesan besar kepada kerja-kerja mereka di Gaza. Mereka memberi amaran bahawa gangguan semula dan kerosakan kepada rangkaian itu akan menyebabkan kesan terhenti  sepenuhnya perkhidmatan telekomunikasi dan Internet.

Dalam taklimat mengenai situasi di Semenanjung Gaza, Kumpulan Telekomunikasi itu menyatakan bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap Semenanjung Gaza, yang berterusan sejak Sabtu lalu, telah menyebabkan beberapa gangguan terhadap laluan utama optik yang menghubungkan Semenanjung Gaza ke Tebing Barat serta dunia luar, hingga menjadikan Semanjung Gaza berada dalam situasi tanpa sebarang rangkaian.

Kumpulan tersebut menjelaskan bahawa 35 peratus elemen rangkaian utama terjejas, seperti tiang, kabel, dan talian serat optik yang menghubungkan Gaza secara dalaman. Rangkaian itu juga mengalami kerosakan teruk akibat gangguan kuasa, kegagalan rangkaian darat dan udara, atau kemusnahan beberapa peranti rangkaian, yang memberi kesan negatif kepada rangkaian itu.

Mereka turut menunjukkan kenyataan data bahawa 35 peratus terminal rangkaian telefon tetap dan Internet rumah telah terjejas, yang sangat memberi kesan kepada kira-kira 40 peratus pelanggan mereka, serta pelanggan telefon bimbit, akibat gangguan 30 peratus tapak dan menara rangkaian telefon bimbit.

Kumpulan itu mengesahkan bahawa bangunan ibu pejabat Pentadbiran Am Talian Tetap dan Internet Rumah, yang terletak di kawasan Al-Rimal, telah dibom, dan banyak bangunan dan kemudahan syarikat itu telah rosak sebahagian di pelbagai tempat di Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,137
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....