000000
X
PALESTIN
Serangan Israel ke atas Gaza Adalah Jenayah Perang - OIC
Oleh: Abdur Rahman Raji
12 Oktober 2023 | 7.50 malam
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk dengan keras tindakan agresif ketenteraan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selama enam hari berturut-turut, yang telah mengakibatkan lebih daripada 1,300 orang mangsa terbunuh, ribuan orang awam terluka, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan merosakkan bangunan kediaman, kemudahan awam, infrastruktur, hospital, sekolah, masjid, dan kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tambahan pula dengan situasi ketiadaan air dan kuasa serta pembunuhan berterusan secara kejam di bandar-bandar sekitar Tebing Barat, terutamanya serangan berulang ke atas Masjid Al-Aqsa.

OIC menganggap serangan ganas terhadap rakyat Palestin adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan yang jelas dan satu jenayah perang.

OIC menyalahkan Israel sebagai kuasa penjajahan, seharusnya bertanggungjawab atas kesan lanjutan serangan berdosa ini dan pada masa yang sama, menyeru komuniti antarabangsa untuk segera campur tangan bagi memaksa Israel, menghentikan serangan berterusan mereka terhadap rakyat Palestin dengan segera dan memastikan pembukaan laluan kemanusiaan untuk memudahkan penghantaran ubat-ubatan, bekalan makanan, dan keperluan asas ke Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,968
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....