000000
X
PALESTIN
Kenyataan Holocaust Mahmoud Abbas Cetus Kontroversi
Oleh: Rusydan Yusup
19 Ogos 2022 | 1.18 PM
PALESTIN - Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) Mahmoud Abbas berundur daripada kenyataan di mana dia menuduh Israel melakukan “50 Holocaust” terhadap rakyat Palestin.

Jerman dan Israel mengkritik keras Abbas kerana membuat rujukan terhadap Holocaust dalam konteks (mengaitkan) jenayah Israel yang didokumentasikan dengan baik terhadap rakyat Palestin.

Berikutan kekecohan oleh Israel selepas Abbas memberitahu wartawan Jerman bahawa rejim Israel telah melakukan "50 pembunuhan beramai-ramai",terhadap rakyat Palestin, Presiden PA itu berundur dari kenyataannya.

Seorang wartawan Jerman telah bertanya kepada Abbas sama ada beliau bersedia untuk menyatakan simpati kepada Israel berhubung serangan Munich ke atas pasukan sukan Israel pada tahun 1972, Abbas menjawab,

"Jika kita ingin menggali lebih jauh ke masa lalu, ya, sila, saya mempunyai (maklumat mengenai) 50 pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel."

Semasa berdiri di sebelah Canselor Jerman Olaf Scholz, Abbas menambah:

“Lima puluh pembunuhan beramai-ramai, 50 Holocaust, dan sehingga hari ini, setiap hari, kita mempunyai orang mati yang dibunuh oleh tentera Israel.”

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Israel Yair Lapid menulis dalam ciapan twitternya:

“Mahmoud Abbas menuduh Israel telah melakukan '50 Holocaust' semasa berdiri di bumi Jerman bukan sahaja perkara memalukan dari sudut moral tetapi satu pembohongan yang besar. Sejarah tidak akan memaafkannya.”

Senada dengan Lapid dan Canselor Jerman Olaf Scholz, ramai pegawai Israel yang lain menyelar kenyataan Abbas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Ramallah, Abbas menegaskan semula bahawa Holocaust "adalah jenayah paling keji dalam sejarah manusia moden."

Dia menambah bahawa jawapannya "tidak bertujuan untuk menafikan  kes khas Holocaust yang berlaku pada abad yang lalu (pembantaian Jerman terhadap kaum Yahudi)."

Tambah kenyataannya: "Apa yang dimaksudkan dengan jenayah yang diperkatakan oleh Presiden Mahmoud adalah jenayah yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin sejak peristiwa Nakbah. Jenayah ini tidak berhenti sehingga hari ini.”

Kenyataan Mahmoud Abbas mungkin terdapat sedikit kesilapan dalam penggunaan istilah, namun maksudnya difahami, iaitu beliau cuba merujuk tindakan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel.

Israel pada masa yang sama, mengalihkan isu sebenar dengan memfokuskan kesilapan penggunaan perkataan beliau.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,300
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....