000000
X
PALESTIN
Pesawat Rejim Israel Bom Rumah-Rumah di Gaza, Ramai Mangsa Awam Terbunuh
Oleh: Abdur Rahman Raji
11 Oktober 2023 | 6.22 petang
Sejumlah penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap beberapa rumah di wilayah Gaza dan Khan Younis serta bandar Deir al-Balah.

Menurut laporan media tempatan, pesawat perang Israel itu mengebom sebuah rumah di kawasan Sheikh Radwan di Gaza, menyebabkan beberapa kematian dan kecederaan.

Pesawat perang juga mengebom sebuah rumah keluarga Al-Adham di perkhemahan Shati, di sebelah barat wilayah tersebut, dengan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa orang cedera.

Pesawat perang Israel itu juga menyerang sebuah rumah di kawasan Al-Hakar di bandar Deir Al-Balah di tengah-tengah Semenanjung Gaza, hingga menyebabkan kematian tiga orang dari keluarga Kurd serta beberapa orang cedera yang masih terperangkap di bawah runtuhan rumah.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 1055 orang mangsa terbunuh di Semanjung Gaza dan 5184 orang cedera dalam serangan berterusan di seluruh semenanjung tersebut selama lima hari berturut-turut, dengan 60% daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,756
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....