000000
X
PALESTIN
Nasib tawanan Israel tak perlu bincang, 'bayar’ dengan harga setimpal nanti - Haniyeh
Oleh: Abdur Rahman Raji
10 Oktober 2023 | 6.30 petang
Ketua Sayap Politik HAMAS, Ismail Haniyeh, mengumumkan bahawa HAMAS  telah memberitahu semua pihak yang berhubung dengan gerakan tersebut mengenai nasib tawanan penjajah Israel dalam perang ini,  bahawa isu perbincangan ini tidak akan dibuka sehingga akhir pertempuran, dan ia hanya akan dibuka dengan harga setimpal dengan perjuangan. 

Menurut kenyataan media Ismail Haniyeh itu, "Taufan Al-Aqsa" adalah pertempuran bersama rakyat Palestin dari segi keputusan mahupun pelaksanaan, dan yakin sepenuhnya bahawa wujud keperluan untuk anggota umat Islam Palestin seluruhnya turut serta dan terlibat dalam pertempuran ini, dengan HAMAS sebagai peneraju. 

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin di Gaza sekali lagi membuktikan dalam pertempuran Taufan Al-Aqsa, bahawa mereka teguh berdiri berhadapan peperangan itu, menunjukkan ketahanan, tekad, dan kesiap-siagaan mereka untuk berkorban demi kebebasan dan maruah mereka, hingga mampu menggagalkan rancangan musuh yang ingin memisahkan antara rakyat dan pihak perjuangan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan kejam rejim penjajah terhadap Gaza, tidak akan mampu menutup rasa malu atas kekalahan yang telah mereka hadapi, dan Israel turut akan membayar harga yang tinggi atas jenayah dan keganasan mereka sendiri terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,156
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....