000000
X
PALESTIN
HAMAS Seru Umat Islam Sedunia Adakan Demonstrasi 'Jumaat Taufan Al-Aqsa’ Jumaat ini
Oleh: Abdur Rahman Raji
10 Oktober 2023 | 5.22 petang
HAMAS melalui sebuah kenyataan rasmi, menyeru seluruh rakyat Palestin, serta penduduk Arab dan umat Islam seluruh dunia untuk bersatu dalam gerakan himpunan besar-besaran pada Jumaat ini, yang dinamakan ‘Jumaat Taufan Al-Aqsa’ sebagai tindakan solidariti terhadap perjuangan Baitul Maqdis, Masjid Al-Aqsa, dan Gaza. 

“Palestin dan penduduknya yang sabar dalam pertahanan, memanggil anda dari medan pertempuran Taufan Al-Aqsa.”

“Sambutlah panggilan ini dan kumpulkan semua kekuatan anda, sertailah kami dengan penuh semangat dan tekad untuk membela Baitul Maqdis, Masjid Al-Aqsa, dan Gaza." 

“Dari bumi Isra' dan Mi'raj, dari Baitul Maqdis dan sekitarnya, kami menghulurkan panggilan ini kepada hati-hati yang hidup dan mendengar dengan penuh keinsafan dari kalangan umat Arab dan Islam."

"Inilah perjuangan Palestin, terutamanya Briged Al-Qassam, yang menunjukkan tindakan kepahlawanan melawan penjajahan Zionis, mempertahankan tanah dan Kota Baitul Maqdis, serta Masjid Al-Aqsa yang mulia. Mereka membela martabat para pejuang wanita Palestin, dan menegakkan kemenangan tawanan kita yang merdeka, mewakili seluruh umat," tambah HAMAS dalam kenyataan tersebut.

"Dari benteng perjuangan dan kemuliaan di Gaza, bersama dengan penduduknya yang sabar, lelaki, wanita, kanak-kanak, dan orang tua mereka, yang melindungi diri daripada penjajah, serta dari menara dan masjid mereka yang menjadi sasaran keganasan perang Zionis, kami mengirimkan panggilan ini kepada orang-orang merdeka di seluruh dunia Arab dan Islam."

HAMAS turut menyeru para pemuda Palestin di seluruh wilayah yang terjajah, di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan sekitar Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi besar-besaran, menggegarkan pihak penjajah Zionis, serta menyerang tentera Zionis di mana-mana sahaja pun, sebagai tanda perpaduan nasib dan matlamat menuju pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,717
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....