000000
X
PALESTIN
Malaysia Menyatakan Kebimbingan Terhadap Isu Palestin dan Menyeru Pihak Berkuasa Mengambil Tindakan
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
9 OKTOBER 2023 | 10.40 pagi
KUALA LUMPUR- Malaysia menyatakan keperihatinan terhadap kehilangan banyak nyawa berikutan peperangan sekitar Semenanjung Gaza.

"Pada masa genting ini, kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berterusan harus dihentikan dan pihak yang terbabit perlu menahan diri sepenuhnya dan mengurangkan kemusnahan," kata kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh kementerian luar Malaysia.

Punca utama mesti diakui. Rakyat Palestin telah dijajah dan tertakluk dibawah penguasaan rejim haram Israel yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Al-Aqsa, serta politik perampasan di tangan Israel.

Usaha yang tidak berterusan untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel mempersoalkan penguatkuasaan seragam prinsip antarabangsa dan menyerlahkan keperluan untuk pendirian yang lebih konsisten dalam menangani pentadbiran apartheid, tegasnya. “Seharusnya tidak ada layanan yang tidak seimbang dan kemunafikan yang terang-terangan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid dan secara terang-terangan melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.”

Rakyat Palestin mempunyai hak sah untuk hidup dalam keadaan aman di dalam sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, serta hak mereka yang tidak boleh dipisahkan untuk kembali ke rumah dan harta benda yang mereka miliki tambahnya lagi.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Majlis harus segera mengadakan sesi tergempar untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah,” menurut kementerian itu
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,884
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....