000000
X
PALESTIN
Puluhan Ribu Warga Palestin Dokong Perjuangan Intifada Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
7 Oktober 2023 | 12.53 tengahari
Puluhan ribu rakyat Palestin telah berkumpul semalam dalam sebuah festival besar bagi menyambut ulang tahun ke-35 penubuhan gerakan Jihad-Islami di Gaza.

Acara ini menjadi pendirian simbolik lantang dalam menyatakan Intifada Palestin tetap menjadi cara utama untuk menamatkan  penjajahan Israel di Palestin.

Lautan penyokong Palestin menyertai festival terkemuka yang dianjurkan oleh Gerakan Jihad-Islami Palestin di Al-Katiba Al-Khadra Square, Bandar Gaza.

Pada masa yang sama, sambutan yang sama berlangsung di Jenin, Beirut, Damsyik, dan Sanaa, bagi menekankan solidariti Arab yang meluas dalam isu Palestin.

Gerakan Jihad-Islami turut mengeluarkan kenyataan tegas dengan mempamerkan pelbagai senjata buatan tempatan dan unit-unit tenteranya, sebagai mesej kepada penjajahan Israel bahawa Intifada Palestin tetap teguh menentang pelanggaran dan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,372
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....