000000
X
PALESTIN
Laluan Bandar Huwara Ditutup Rejim Israel, Sekat Kebangkitan Warga Palestin di Nablus
Oleh: Abdur Rahman Raji
7 Oktober 2023 | 11.53 tengahari
Rejim tentera Israel hari ini telah menutup laluan Za'tara dan menghalang kenderaan awam dari melalui semua jalan ke arah bandar Huwara, Nablus. Penutupan dan sekatan pintu masuk ke arah bandar-bandar itu berlaku berikutan ketegangan meningkat akibat keganasan rejim penjajah Israel di kawasan tersebut semalam.

Semalam rejim tentera Israel telah menyerang sebuah upacara pengebumian jenazah Palestin di bandar Huwara, sehingga  mencederakan puluhan orang Palestin.

Menurut sumber tempatan, rejim Israel telah menembak peluru hidup dan peluru getah serta bom gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin, yang menyertai upacara pengebumian syuhada Palestin, Labib Dumaidi, di Huwara.

As-Syahid Labib Dumaidi merupakan salah seorang mangsa daripada 51 orang Palestin yang tercedera akibat ditembak dengan peluru tentera Israel, namun hanya beliau yang akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Selain itu, terdapat 12 warga Palestin turut ditahan oleh pihak rejim tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,813
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....