000000
X
PALESTIN
Masjid Al-Aqsa Terus Dicemari Penceroboh Yahudi, Sambut Perayaan Sukkot
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 Oktober 2023 | 8.40 malam
Puluhan penduduk haram Yahudi-Israel hari ini menceroboh kawasan terbuka Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan rejim tentera Israel.

Menurut sumber tempatan, para penceroboh Yahudi telah menyerbu kawasan terbuka Masjid Al-Aqsa itu secara beransur-ansur melalui Pintu Morocco dan melaksanakan ritual Talmudik di dalamnya bagi merayakan hari keempat perayaan Yahudi Sukkot.

Pada hari sebelumnya, sebanyak 1,941 penduduk haram Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa secara beransur-ansur melalui Pintu Morocco, melaksanakan ritual Talmudik sambil membawa alatan ‘persembahan sayuran’ yang terbuat daripada daun palma. Sesetengah daripada mereka berpakaian rahib pendeta bagi agama Yahudi.

Perayaan Sukkot ini akan berlanjutan hingga 7 Oktober 2023, dan pertubuhan-pertubuhan Yahudi yang mendakwa hak Yahudi terhadap peninggalan kuil Sulaiman di bawah di Masjidil Aqsa, telah mengangkat seruan mereka untuk meningkatkan bilangan penduduk haram Israel bagi menyerbu Masjid Al-Aqsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,336
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....