000000
X
PALESTIN
Enam Warga Palestin Ditahan, Rumah-Rumah Diserbu Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 Oktober 2023 | 8.00 malam
Rejim tentera Israel telah menahan enam orang warga Palestin hari ini dalam serbuan pada awal pagi di seluruh Tebing Barat termasuk Jerusalem.

Menurut sumber tempatan,  rejim tentera Israel telah memasuki kawasan Wadi Al-Jouz, dan menahan seorang pemuda Palestin bernama Ayman Al-Shami selepas menyerbu rumahnya.

Serbuan yang sama telah berlaku di Bethlehem, di mana tentera Israel menahan seorang lelaki bernama Rashid Hamamra, berusia 18 tahun, selepas memecah masuk ke rumahnya di kampung Hussan. Selain itu, terdapat seorang warga Palestin bernama  Noor Rashid, 22 tahun, turut ditahan dalam serangan Israel ke bandar Saida, di utara Tulkarm.

Unit-unit bersenjata Israel juga telah memasuki Beireh dan Ramallah, dan menahan dua lagi warga Palestin, iaitu Basil Al-Zubaidi dan Jihad Jouda.

Rejim Israel melakukan serbuan tentera dan serangan ke atas bandar-bandar Palestin di seluruh Palestin, serta menyerang rumah-rumah Palestin, membunuh beberapa orang dan mencederakan ramai mangsa dalam kalangan warga Palestin.

Sehingga bulan September yang lalu, mereka telah menahan 340 warga Palestin, termasuk 39 kanak-kanak dan 14 wanita, semasa operasi serbuan rejim dilakukan di seluruh kawasan Palestin yang terjajah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,577
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....