000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Serang, Tahan Jemaah Warga Palestin di Masjid Aqsa
Oleh: Abdur Rahman Raji
2 Oktober 2023 | 6.45 petang
Rejim polis Israel hari ini memasuki Masjid Qibli Al-Aqsa, yang merupakan ruang solat utama di dalam kompleks suci umat Islam, dengan alasan untuk melakukan penyelidikan, dalam masa yang sama terdapat ratusan penganut Yahudi menyerbu tapak Muslim tersebut dan rejim polis menyerang serta menahan jemaah warga Palestin.

Menurut sumber tempatan, rejim polis Israel telah memasuki kawasan Masjid Qibli kemudian melakukan tindakan menghina tempat suci tersebut, sebelum meninggalkannya.

Pada masa yang sama, rejim polis menyerang dan secara paksa mengeluarkan dua wanita Palestin dan seorang lelaki yang sedang beribadah di Masjid ketika ratusan penganut Yahudi berjalan-jalan dan melakukan upacara keagamaan di kawasan tersebut.

Penganut Yahudi telah meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa bagi menyambut perayaan Sukkot selepas mendengar seruan pemimpin Israel untuk berada di tapak tersebut dengan tujuan untuk mengubah status quo yang menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah ruang solat dan suci untuk umat Islam.

Jabatan Waqaf Islam menyatakan lebih dari 1100 penduduk Yahudi dan penganut fanatik telah menyerbu Masjid Al-Aqsa hari ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,867
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....