000000
X
PALESTIN
15 Warga Palestin Ditahan Rejim Israel, Operasi Serbuan Besar-Besaran
Oleh: Abdur Rahman Raji
2 Oktober 2023 | 5.45 petang
Rejim tentera Israel hari ini menahan sekurang-kurangnya 15 orang Palestin di pelbagai bahagian wilayah yang dijajah, terutamanya dalam operasi serbuan terhadap rumah-rumah warga Palestin.

Di bandar Jenin, wilayah Tebing Barat Utara, rejim tentera Israel yang berpakaian biasa telah menahan tiga orang lelaki daripada keluarga Saadi ketika mereka berada di dalam kereta di selatan bandar Jenin. Selain itu, rejim tentera itu juga menahan dua lelaki lain selepas serbuan di rumah warga Palestin di dalam bandar yang sama.

Individu keenam yang ditahan pula berlaku selepas serbuan di rumahnya di bandar Yabad, berhampiran Jenin. Manakala di bandar Nablus, rejim tentera Israel telah menahan dua orang Palestin dari dua bahagian berbeza dalam bandar tersebut.

Di kawasan Ramallah, rejim tentera Israel telah memasuki kem pelarian Jalazon, di utara Ramallah, dan menahan dua beradik di rumah keluarga mereka, sehingga salah seorang daripada mereka telah cedera.

Rejim Israel juga turut membuat serbuan ke bandar Turmus Ayya, di utara Ramallah, dan menahan dua lagi individu di rumah keluarga mangsa. Selain itu, tiga orang penduduk Palestin turut ditahan dari kawasan Isawiyya, di utara Jerusalem.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,073
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....