000000
X
PALESTIN
Tahanan Kayed al-Fasfous Kekal Mogok Lapar Selama 2 Bulan Sebagai Bantahan Penahanan Tanpa Sebarang Perbicaraan
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
2 Oktober 2023 | 11.25 tengahari
TEBING BARAT- Tahanan Palestin Kayed al-Fasfous melancarkan mogok lapar terbuka selama dua bulan berturut-turut sebagai bantahan terhadap penahanannya yang tidak adil tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel, menurut Persatuan Banduan Palestin (PPS).

Persatuan Banduan Palestin (PPS) berkata walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot setiap hari akibat mogok lapar, Perkhidmatan Penjara Israel tidak mempedulikan tuntutannya untuk dibebaskan awal atau membuat perbicaraan.

Fasfous, 34 tahun dari bandar Dura di Gabenor Hebron, telah dipenjarakan tanpa tuduhan atau perbicaraan sejak 2 Mei 2023. Beliau adalah seorang bekas banduan yang sebelum ini menghabiskan masa selama tujuh tahun di penjara Israel.

Negara penjajah haram Israel menahan sekurang-kurangnya 11260 warga Palestin di bawah tahanan pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan. Jumlah ini ialah yang tertinggi sejak kumpulan hak asasi manusia mula mengumpul data bulanan pada 2001, menurut data Perkhidmatan Penjara Israel yang diperoleh oleh kumpulan hak asasi manusia HaMoked.

Israel juga menghadapi krisis kesesakan penjara, dengan populasi penjara semasanya berjumlah 16,279 melebihi standard 14,500 yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dalam Negeri Knesset.

Terdapat 5,100 rakyat Palestin dipenjarakan oleh Israel, dengan 1,200 ditahan dalam "tahanan pentadbiran", menurut data yang diberikan oleh kumpulan peguambela banduan Addameer.

Tahanan-tahanan pentadbiran tidak pernah didakwa dengan jenayah atau diberikan perbicaraan. Mereka dan peguam mereka dihalang daripada melihat bukti penahanan tersebut.

Perintah penahanan biasanya berlangsung antara tiga hingga enam bulan dan boleh diperbaharui selama-lamanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,860
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....