000000
X
PALESTIN
Seorang Nelayan Palestin Cedera Ditembak Rejim Tentera Laut Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 Oktober 2023 | 3.50 petang
Seorang nelayan Palestin cedera pagi ini apabila kapal-kapal tentera laut rejim penjajah Israel menyerang bot nelayan Palestin yang beroperasi beberapa batu laut di pantai Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan media tempatan, rejim tentera laut Israel telah menembak secara rawak dan melepaskan bom gas pemedih mata ke arah bot nelayan yang beroperasi di perairan Rafah, hingga mengakibatkan seorang nelayan cedera, yang kemudiannya dilarikan ke hospital untuk rawatan perubatan.

Penindasan berterusan terhadap nelayan Palestin oleh rejim tentera laut Israel menimbulkan kebimbangan mengenai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan hak asasi manusia. Kestabilan ekonomi dan kesejahteraan isi rumah yang bergantung kepada pendapatan nelayan di Semananjung Gaza sangat bergantung kepada kemampuan nelayan untuk mengakses laut bagi menjalankan pekerjaan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,402
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....