000000
X
PALESTIN
Shtayyeh: Pasukan Penyelamat Akan Terbang ke Libya untuk Operasi Menyelamat
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
13 September 2023 | 7.50 pagi
RAMALLAH – Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh semalam memberi arahan untuk menghantar pasukan dari Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan bagi mengambil bahagian dalam usaha menyelamatkan mangsa di Libya yang dilanda banjir.

Di bawah arahan Presiden Mahmoud Abbas, Shtayyeh berkata pasukan itu akan membantu dalam kerja-kerja menyelamat selepas ribut dahsyat, banjir dan arus deras yang melanda bandar Derna di timur Libya, yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang besar.

Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati yang tulus kepada kerajaan dan rakyat Libya ke atas mangsa banjir dan arus deras serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

Shtayyeh turut mengucapkan takziah kepada masyarakat Palestin di Libya yang maut berpunca dari bencana tragis berkenaan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,093
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....