000000
X
PALESTIN
Penduduk Haram Yahudi Sambut Raya Sukkot, Kedai Warga Palestin diarah untuk tutup
Oleh: Abdur Rahman Raji
30 September 2023 | 7.45 malam
Beberapa pemilik kedai Palestin di bandar Jerusalem dipaksa oleh rejim polis Israel untuk menutup kedai-kedai mereka pada hari ini supaya penduduk haram Yahudi dapat memasuki kawasan bandar tersebut pada hari pertama perayaan Sukkot selama seminggu.

Menurut sumber penduduk tempatan, terdapat puluhan penduduk haram Yahudi yang telah menari dan melakukan upacara keagamaan Yahudi di jalan-jalan bandar serta berdekatan dengan pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat suci dalam Islam, hingga mengejutkan para pemilik kedai Palestin dan penduduk bandar Jerusalem.

Penganut organisasi Yahudi ekstrem telah menyeru pengikut mereka untuk meningkatkan kehadiran mereka di kawasan bandar lama Jerusalem, terutamanya di Masjid Al-Aqsa, semasa cuti perayaan tersebut bagi mengekalkan dominasi mereka ke atas bandar yang telah dijajah itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,741
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....