000000
X
PALESTIN
Tahanan Klouf Henti Mogok Lapar
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
21 September 2023 | 12.40 malam
Salah seorang tahanan pentadbiran Palestin di Israel, Sultan Khlouf, 42, dari bandar Burqin di daerah Jenin, semalam, menghentikan mogok lapar yang dimulakan sejak 49 hari lalu, selepas serangan Israel.

Mahkamah tentera memutuskan bahawa penahanan pentadbiran beliau tidak akan diperbaharui dan akan dibebaskan dari penjara pada 2 Disember selepas menamatkan tempoh tahanannya, menurut Persatuan Banduan Palestin (PPS).

Khlouf melancarkan mogok lapar bermula hari tangkapannya pada 3 Ogos, bantahan penahanannya tanpa tuduhan. Pihak berkuasa Israel kemudian mengeluarkan perintah penahanan pentadbiran terhadapnya untuk tempoh empat bulan kerana aktiviti politiknya.

Antara tahanan pentadbiran Palestin yang masih meneruskan mogok lapar ialah Kayed al-Fasfous. Beliau telah mogok selama 49 hari sebagai bantahan penahanan pentadbirannya.

Fasfous, 34, dari bandar Dura, di daerah Hebron, telah ditahan pada 2 Mei dan diletakkan dalam tahanan pentadbiran kerana aktiviti politik beliau.

Hari ini, mahkamah tentera Israel menolak rayuan beliau untuk menamatkan penahanan pentadbiran, memaksa beliau meneruskan mogok lapar.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,076
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....