000000
X
PALESTIN
Protes di Nablus Diserang Rejim Israel, Warga Palestin dan Aktivis Cedera Parah
Oleh: Abdur Rahman Raji
29 September 2023 | 11.30 malam
Tiga warga Palestin, aktivis antarabangsa serta seorang wartawan, telah mengalami kecederaan ringan hari ini apabila rejim tentera Israel menyuraikan protes menentang penempatan haram di kampung Beit Dajan, di sebelah timur Nablus di Wilayah Tebing Barat.

Menurut Ahmed Jibril, jurucakap Palestin untuk Bulan Sabit Merah di Nablus, tiga warga Palestin mengalami kecederaan akibat terkena bom gas pemedih mata, dengan salah seorang daripadanya mengalami kecederaan muka dan dua yang lain cedera di dada. Ketiga-tiga mereka diberikan rawatan perubatan oleh jururawat tempatan.

Tambahnya lagi, pasukan perubatan juga telah merawat 23 kes sesak nafas akibat menghirup gas pemedih mata, termasuk seorang wartawan dan aktivis antarabangsa, semasa perhimpunan itu.

Protes yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Rakyat untuk Pertahanan Tanah Beit Dajan, bermula selepas solat Jumaat, dengan peserta protes bergerak ke arah tanah-tanah yang berisiko dirampas oleh rejim penjajah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,771
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....