000000
X
PALESTIN
Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Israel ke atas Al-Aqsa
Oleh: Abdur Rahman Raji
20 September 2023 | 8.50 malam
Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri, mengutuk dengan keras serangan pengganas Israel ke atas Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad yang lepas bersamaan 17 September, serta serangan ke atas jemaah Palestin di salah satu pintu masuk ke kompleks masjid.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, serangan terhadap jemaah itu merupakan tindakan provokasi yang sengaja dan melanggar dengan jelas kesucian tempat-tempat suci, dan jelas bertujuan untuk mencabar status sejarah dan undang-undang Jerusalem dan Al-Haram Al-Sharif.

"Malaysia, oleh itu, menyeru kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan tanggungjawabnya yang diberi mandat untuk mengambil tindakan terhadap rejim Israel atas tindakan keganasan berterusan terhadap manusia dan pengabaian terang-terangan terhadap prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa.

"Semua tindakan provokasi dan keganasan harus dihentikan dengan segera demi kepentingan keamanan dan keselamatan. Tidak boleh ada perlakuan yang tidak wajar dalam menangani konflik ini," menurut kenyataan tersebut.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh terus mengabaikan serangan berterusan Israel dan dasar apartheid yang melanggar hak asasi, nyawa, kehidupan, mata pencarian, dan maruah Palestin di tanah air mereka sendiri.

Malaysia turut berpegang teguh kepada pendirian prinsip bahawa Palestin berhak mendirikan negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara, tambah kenyataan tersebut.

Kejadian serangan ini berlaku apabila rejim keselamatan Israel menghalau jemaah dari masjid dan menghalang akses kepada warga Palestin yang berusia di bawah 50 tahun untuk memberi laluan kepada pendatang Israel semasa sambutan Rosh Hashanah, tahun baru Yahudi, seperti yang  dilaporkan oleh media antarabangsa. Pendatang Israel tersebut yang disertai dan dilindungi rejim keselamatan Israel, telah membuat serbuan provokatif di dalam masjid.

Banyak negara telah mengutuk tindakan provokatif ini termasuk Arab Saudi, yang mengecam serangan ke atas masjid oleh kumpulan ekstremis di bawah perlindungan pasukan rejim Israel, tambah laporan tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,789
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....