000000
X
PALESTIN
23 Rumah Milik Warga Palestin Diarah Henti Proses Pembinaan
Oleh: Abdur Rahman Raji
20 September 2023 | 8.22 malam
Rejim tentera Israel hari ini mengeluarkan perintah henti kerja terhadap pembinaan 23 buah rumah yang dimiliki oleh warga Palestin di bandar Qarawat Bani Hassan, di sebelah barat bandar Salfit, yang merupakan sebahagian dari kawasan kawalan penuh pihak rejim tentera Israel.

Menurut sumber media tempatan, rejim tentera telah masuk ke bahagian utara bandar tersebut dan menyampaikan perintah tersebut kepada pemilik rumah, yang mana sembilan rumah daripadanya telah pun didiami oleh penduduk, manakala yang lain masih dalam proses pembinaan. Perintah henti kerja ini turut membawa maksud struktur tersebut akan dirobohkan pada masa akan datang.

Israel mendakwa rumah-rumah tersebut dibina tanpa permit di Kawasan C Tebing Barat, di mana kawalan tentera Israel diterapkan sepenuhnya serta sebarang pembangunan milik warga Palestin tidak dibenarkan. Namun begitu, permit pembinaan dianggap satu tugas yang mustahil kerana Israel telah merampas sebahagian besar tanah Palestin untuk aktiviti penempatan haram mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,429
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....