000000
X
PALESTIN
Suara Rakyat Perlu Diangkat Tentang Kerajaan Palestin
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
20 September 2023 | 3.16 petang
Aktivis politik Nader Sawafta menyeru agar rakyat mengangkat suara mereka dengan lantang bagi menentang perkhidmatan keselamatan kerajaan Palestin, mendesak mereka berhenti menangkap pejuang Palestin di Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan eksklusif kepada Agensi Berita Shehab , aktivis Sawafta menekankan keperluan untuk memberi amaran terhadap bahaya yang sedang dirancang terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat oleh pihak kerajaan dan penjajah Israel.

Ucapan Sawafta itu sebagai tindak balas terhadap sidang media yang diadakan oleh wartawan di kem Jenin, semalam, Isnin, berkesinambungan daripada penangkapan yang dilakukan oleh perkhidmatan keselamatan kerajaan Palestin.

Beliau memberi amaran bahawa penangkapan yang berterusan yang diinginkan Israel ini adalah sangat berbahaya, kerana ia membawa kepada serangan terhadap masyarakat lain dan mengendahkan isu nasional rakyat Palestin.

Beliau turut menambah: "Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua rakyat Palestin dengan berani dan rasa tanggungjawab yang tinggi."  

Menurut Sawafta, ramai pihak telah menyedari bahawa persidangan keselamatan seperti Aqaba dan Sharm El-Sheikh bertujuan menghapuskan tentangan yang semakin meningkat di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kemnya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,172
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....