000000
X
PALESTIN
Filem Golda Meir Mengangkat Kepimpinan Bekas Menteri Rejim Israel Diseru untuk Diboikot: Penjajah Haram Tidak Layak Digelar Wira.
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
26 September 2023 | 11.40 tengahari
LONDON - Seruan dibuat untuk memboikot filem bertajuk Golda yang dibintangi Helen Mirren. Filem itu berkisar tentang mengagungkan bekas Perdana Menteri Israel Golda Meir yang dikatakan pembikin filem “mensucikan gila perkauman”  bakal membuat tayangan perdana di United Kingdom pada minggu ini.

Filem itu meraikan kepimpinan Golda Meir sebagai perdana menteri Israel semasa perang 1973 yang dilancarkan oleh Mesir dan Syria pada 6 Oktober untuk mendapatkan semula tanah mereka yang dijajah oleh rejim Israel dalam perang  pada Jun 1967. Penganjur boikot menyatakan Golda Meir membunuh dan memindahkan beribu-ribu penduduk Palestin semasa pemerintahannya dan menafikan kewujudan rakyat sah Palestin yang kini dipanggil Israel.

“Beratus-ratus rakyat Palestin terbunuh dan beribu-ribu telah dipindahkan ke kem pelarian semasa beliau memegang tapuk pimpinan, namun Golda Meir enggan mengakui kewujudan rakyat Palestin. Tidak ada yang namanya rakyat Palestin. Bukannya kita datang dan mengusir mereka dan merampas negeri mereka. Mereka memang tidak wujud” kata penganjur yang memetik kata-kata Golda Meir.

Ironinya, Golda Meir sendiri memegang pasport Palestin dan bahkan merujuk dirinya sebagai warga Palestin selama bertahun-tahun.

Bekas koresponden hal ehwal semasa Panorama, Alan Hart pernah menemu bual Meir dan bertanya, "Anda mengatakan bahawa, jika Israel berada dalam bahaya dikalahkan di medan perang, ia akan bersedia untuk merobohkan wilayah itu dan juga seluruh dunia?" Dia menjawab: "Ya, itulah yang saya katakan".

Pete Gregson dari One Democratic Palestine berkata, “Mirren telah mengetuai pelakon dalam filem perkauman, bertujuan untuk mempropagandakan projek rejim haram Israel dan pengasas penjenayah perangnya, memutihkan jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Filem ini mengisahkan pembersihan dan penghapusan etnik. Ianya juga cuba memutarkan cerita ibarat mereka ialah mangsa. Orang seperti Meir harus diingati sebagai penjenayah perang dan penjajah haram, bukannya digambarkan sebagai wira dalam filem Hollywood yang bodoh.”

Jonathan Ofir, seorang pemuzik Israel yang berpangkalan di Denmark, menulis tentangnya: "Pada akhirnya, sikapnya terhadap rakyat Palestin pada dasarnya adalah sikap macho, chauvinis, penafian yang secara intrinsik wujud dalam Zionisme."

Howie Movshovitz berkata dalam ulasan filem KUNC: “Ketika Golda Meir menjadi perdana menteri, Israel mempunyai lebih ramai kawan di dunia berbanding sekarang. Ia masih dilihat sebagai sebuah negara yang kecil dan berani. Tetapi kini, terdapat lebih banyak kontroversi dan tentangan di seluruh dunia berhubung isu layanan reijm Israel terhadap rakyat Palestin. Jadi kenapa filem tentang hero Israel ini tidak menyebut soal Palestin?’’

Kempen memboikot filem itu meminta penyokong untuk membuat mogok sebagai bantahan di pawagam di mana filem itu akan ditayangkan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,159
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....