000000
X
PALESTIN
Israel Sasar Dua Lagi Pusat Tinjauan Milik Pejuang Gaza
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
25 September 2023 | 03.31 petang
Pada petang Ahad, Israel mengebom dua sasaran di timur Semenanjung Gaza, bertepatan dengan tempat demonstrasi yang berlaku hari kelapan berturut-turut, berhampiran pagar pemisah Semenanjung Gaza. 

Wartawan Agensi Berita Shehab melaporkan bahawa pesawat peninjau menyasarkan bangunan tinjauan milik pejuang Gaza dengan tiga peluru berpandu, di timur kem pelarian Bureij di tengah Genting Gaza, tanpa sebarang kecederaan. 

Pesawat Isarel juga mengebom titik kawalan pasukan Hamat al-Thughur bertentangan dengan tapak monument peringatan antara Jabalia dan Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza, juga tanpa sebarang kecederaan. 

Media Ibrani melaporkan bahawa 4 kebakaran baru berlaku di penempatan sekitar Semenanjung Gaza, akibat dari seorang pemuda melancarkan belon api semasa demonstrasi berhampiran pagar yang memisahkan pusat dan utara Semenanjung sebagai kecaman atas serbuan pendatang Israel terhadap Masjid Al-Aqsa, pelanggaran yang berterusan di Tebing Barat dan pengepungan berterusan Gaza.

Wartawan Agensi Shehab melaporkan bahawa 5 lelaki muda cedera terkena peluru pendatang Israel, dua lagi terkena bom gas dan berpuluh-puluh mengalami sesak nafas, akibat pasukan pendatang menyasarkan pemuda Palestin berhampiran pagar pemisah kawasan Abu Safiya, timur Jabalia , di utara Semenanjung Gaza dan di timur Tengah Semenanjung.

Wartawan kami melaporkan bahawa dua orang penunjuk perasaan, 25 tahun dan 17 tahun, cedera di bahagian kaki akibat peluru pendatang  ketika berada berhampiran pagar pemisah di timur Bureij. Sumber perubatan mengatakan keadaan mereka tidak teruk. 

Dua lagi lelaki muda turut cedera selepas terdedah dengan gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pasukan Israel ke arah penunjuk perasaan.

Di Gabenor Tengah, mangsa ketiga, seorang budak lelaki 16 tahun, cedera akibat tembakan di peha, juga berhampiran pagar pemisah di timur Bureij dan keadaannya dikatakan sederhana.

Wartawan kami menjelaskan bahawa pasukan Israel secara langsung menyasarkan kru ambulans dan penyelamat dengan bom gas, di sekitar tapak demonstrasi di timur Jabalia, di utara Semenanjung Gaza dan Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

Laporan turut mengatakan bahawa lelaki muda itu telah berjaya meletupkan bahan letupan di Pintu Abu Qatrun di pagar pemisah di timur Gabenor Tengah Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,975
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....