000000
X
PALESTIN
Penduduk Haram Yahudi Serang Petani Palestin, Ganggu Jalanraya Awam
Oleh: Abdur Rahman Raji
27 September 2023 | 6.30 petang
Penduduk  haram Yahudi-Israel hari ini menyerang serta mengganggu para petani Palestin di kampung Umm Safa, di sebelah barat laut bandar Ramallah.

Ketua Majlis Kampung Umm Safa, Marwan Sabah, menyatakan dalam panggilan telefon dengan pihak media tempatan Palestin bahawa sekumpulan penduduk penempatan haram Israel yang dilindungi oleh rejim tentera Israel, telah melemparkan batu kepada para petani Palestin ketika mereka berada di atas tanah sendiri.

Namun begitu tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut laporan media Days of Palestine pula, penduduk haram Yahudi di Jerusalem telah melemparkan batu ke atas kenderaan milik warga Palestin serta mencetuskan kekacauan dan gangguan di sepanjang jalan awam hingga menyebabkan gangguan yang ketara dalam aliran lalu lintas.

Serangan penduduk haram Yahudi itu berlaku selepas rejim Israel telah mengosongkan kawasan penempatan haram yang telah didirikan di atas tanah Palestin di kampung Deir Dibwan, di timur Ramallah.

Tebing Barat serta kawasan sekitar Jerusalem telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam jenayah Israel dan keganasan oleh penduduk haram Yahudi terhadap warganegara Palestin hingga mengakibatkan situasi tegang pada kedua-dua belah pihak.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,422
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....