000000
X
PALESTIN
Tanah-Tanah Milik Warga Palestin Dihancurkan Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
27 September 2023 | 5.30 petang
Rejim penjajah Israel hari ini meneruskan usaha menghancurkan tanah-tanah yang dimiliki oleh warga Palestin di bandar Bruqin Salfit, di kawasan Tebing Barat.

Gabenor Salfit, Abdullah Kamil, menyatakan bahawa tindakan untuk menghancurkan  itu adalah sebahagian daripada projek penjajahan yang disegerakan oleh Israel untuk menghalang impian warga Palestin untuk menubuhkan negara merdeka dan melepaskan diri daripada penjajahan.

Pengarah Majlis Bandar Bruqin, Amin Sabra, menyatakan pula bahawa pengganas Israel telah menghancurkan tanah Palestin bagi memperluas penempatan haram Israel di Brukhin dan membina unit-unit penempatan haram yang baru.

Sabra turut menekankan bahawa pengganas Israel telah lama bekerja untuk menghancurkan tanah-tanah bersebelahan dengan penempatan haram itu dan bercadang untuk merampasnya bagi tujuan penempatan haram. Beliau juga menjelaskan bahawa tanah-tanah ini adalah milik asal penduduk Palestin dari bandar Burqin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,131
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....