000000
X
PALESTIN
Hebron, Palestin Terpilih Sebagai Ibu Kota Kebudayaan Islam Pada Tahun 2026, Satu Usaha yang Bermakna Buat Dunia Islam.
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
27 September 2O23 | 11.05 tengahari
DOHA - Majlis Menteri-menteri Kebudayaan Dunia Islam pada mesyuaratnya yang diadakan di Doha, memilih kota Hebron di Palestin sebagai ibu kota kebudayaan Islam bagi tahun 2026.

Menteri Kebudayaan Atef Abu Saif berkata Hebron telah dicalonkan untuk memberi penerangan tentang percubaan Israel untuk menguasai bandar itu, mencuri warisan dan barang antiknya, serta menukar identiti Arab-Islamnya.

Menurut beliau, menamakan Hebron sebagai ibu kota kebudayaan Islam untuk 2026 adalah sangat penting dan bermakna buat dunia Islam. Beliau akan menumpukan usahanya pada kerja kebudayaan di Hebron dengan mengadakan program, rancangan dan visi yang bertujuan untuk mengukuhkan identiti Islam, dan menentang percubaan penjajah Israel untuk merampas dan mengubah Palestin sebagai kota Islam Arab.

“Kami mempunyai tanggungjawab besar untuk membentangkan apa yang berlaku di Hebron kepada dunia Islam untuk memberitahu mereka mesej yang jelas bahawa memelihara tempat suci itu memerlukan usaha daripada kita semua bersama-sama dan campur tangan yang kuat untuk mengekalkan identiti Palestin di bandar ini,” kata Atef Abu Saif.

Perlu diperhatikan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota kebudayaan Islam pada tahun 2019, dan ibu kota kebudayaan Arab pada tahun 2009 manakala Betlehem adalah ibu kota kebudayaan Arab pada tahun 2020.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,240
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....