000000
X
PALESTIN
Seorang Pemuda Kurang Upaya dan Seorang Kanak-Kanak Perempuan Cedera Dirempuh oleh Penjajah Haram Israel
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
25 September 2023 | 11.10 pagi
HEBRON – Seorang pemuda kurang upaya dan seorang kanak-kanak perempuan cedera akibat digilis oleh seorang penjajah haram Israel ketika mereka berada di sebuah kedai di kejiranan Tel Rumeida, di tengah-tengah kota Hebron di Tebing Barat pada Ahad lalu.

Ketua Persatuan Ibrahim Al-Khalil yang terletak di Tel Rumeida, Yasser Abu Markhiya memberitahu pemberita bahawa seorang penjajah Israel melepasi pusat pemeriksaan tentera dan bertindak merempuh sebuah kedai milik Hamdi Yahya Idais, 21, seorang pemuda kurang upaya yang menggunakan kerusi elektrik. Akibat kejadian itu, Hamdi Yahya mengalami kecederaan di kepala. Seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kedai itu juga dilaporkan cedera di kepala akibat rempuhan tersebut.

Abu Markhiya menambah bahawa kedua-dua mangsa dipindahkan ke hospital di Israel, di mana kecederaan mereka digambarkan sebagai kecederaan ringan sahaja.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,343
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....