000000
X
PALESTIN
Kenderaan Pendatang Rosak Dibaling Batu
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
20 September 2023 | 2.40 petang
Beberapa pertempuran berlaku di pelbagai kawasan di Tebing Barat melibatkan pemuda  Palestin dan pendatang haram Israel.

Pertempuran berlaku dengan membaling batu mengakibatkan kerosakan pada sebuah kereta milik pendatang Israel di Bandar Azzun, timur Qalqilya, manakala sebuah bas mereka juga rosak akibat dibaling batu di Bandar Hizma dan Anata, timur laut Baitulmaqdis.

Rentetan itu, pasukan Israel menangkap pemuda tersebut, Amir Abu Odeh, 20 tahun, di pusat pemeriksaan Atara, utara kota Ramallah dan seorang pemuda dari sebuah kenderaan dekat pusat pemeriksaan Deir Sharaf, barat laut Nablus, juga seorang lagi pemuda di pusat pemeriksaan Enab berdekatan Tulkarm, pada petang Selasa.  

Subuh, hari ini, pasukan penjajah Israel telah membuat serbuan dan tangkapan di Tebing Barat.

Di Kem Balata, para pejuang Palestin berbalas tembakan, membuat letupan di dalam kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah penempatan "Beit El", utara kota Al-Bireh.

Rakyat Palestin yang lain turut menghujani kenderaan pendatang Israel dengan batu semasa menyerbu kampung Yait Sira, barat Ramallah. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,192
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....