000000
X
PALESTIN
Perwakilan Dari Tujuh Negara Luar Lawat Gaza, Sokong Pembebasan Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 September 2023 | 7.40 malam
Para perwakilan dari tujuh negara hari ini telah mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza bersempena menyambut sambutan Hari Kemanusiaan Sedunia. Perwakilan itu diketuai oleh Koordinator Kemanusiaan Lynn Hastings, serta dihadiri para diplomat utama dari Australia, Chile, Itali, Mexico, Norway, Sepanyol, dan United Kingdom.

Delegasi tersebut melawat kawasan al-Shuja’iyeh di Bandar Gaza, di mana mereka bertemu dengan sebuah keluarga yang rumah mereka telah musnah semasa serangan Israel pada tahun 2021 ke atas Gaza. Mereka turut membincangkan keperluan yang kritikal untuk membina semula bandar Gaza dan memulihkan rumah serta merawat trauma psikologi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Selepas itu, delegasi itu melawat ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, di mana mereka menghormati responden di barisan hadapan yang sering menghadapi risiko nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Mereka juga memahami kesan serangan yang memberi kesan ke atas pekerja-pekerja perubatan.

Kira-kira 2.1 juta orang warga Palestin memerlukan bantuan kemanusiaan, dan ribuan pihak telah terlibat dalam usaha untuk menyokong mereka. Pihak-pihak yang menyokong usaha pembebasan Palestin itu  terdiri daripada sukarelawan, kakitangan NGO Palestin, pekerja-pekerja bandar, pekerja-pekerja kerajaan, dan aktivis antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,541
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....