000000
X
PALESTIN
Tentera Rejim Israel Menyerang Penduduk Kampung dan Melepaskan Gas Pemedih Mata Beracun
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
19 September 2023 | 11.45 tengahari
JENIN - Sebilangan besar rakyat Palestin mengalami sesak nafas selepas tentera rejim  Israel menyerang dan melepaskan bom gas pemedih mata beracun Kampung Jalboun, timur laut bandar Jenin di Tebing Barat pada Isnin lalu.

Ketua kampong tersebut, Ibrahim Abu Al-Rub, memberitahu pemberita bahawa puak tentera rejim Israel menyerbu kampung, memandu kenderaan mereka melalui jalan-jalannya, dan melepaskan bom gas pemedih mata beracun ke arah rakyat dan rumah-rumah di kawasan tersebut. Kejadian tersebut mengakibatkan ramai daripada mereka terhidrup gas beracun dan mengalami lemas serta sesak nafas.

Menurutnya lagi, tentera rejim Israel ini meletakkan tanda titik tentera di atas bumbung, menyerbu kedai komersial, merampas rakaman daripada kamera pengawasan, dan mengepung kawasan kejiranan di bandar itu bagi menghalang rakyat daripada keluar atau memasukinya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,397
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....