000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Bakal Berucap di Perhimpunan Agung PBB, Membawa Suara Rakyat Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
12 September 2023 | 10.10 pagi
TEBING BARAT - Presiden Mahmoud Abbas akan berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu hadapan di New York. Beliau kemudiannya akan menyertai mesyuarat Kumpulan 77 Plus China di Havana, Cuba kata Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh, bercakap pada permulaan mesyuarat kabinet mingguan yang diadakan di Tebing Barat.

Perdana Menteri Shtayyeh berkata beliau juga akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Ad Hoc Liaison Committee (AHLC) negara-negara penderma yang akan berlangsung di New York di mana beliau akan memberi penerangan kepada ahli mesyuarat mengenai wang yang dipotong oleh Israel dan keperluan kewangan kerajaan, sebagai tambahan kepada kemajuan yang dicapai. Ianya termasuk dalam rancangan pembaharuan yang diterima pakai tahun lalu dan ciri-ciri rancangan pembangunan Palestin untuk lima tahun akan datang.

Perdana Menteri Shtayyeh juga akan mengambil bahagian dalam mesyuarat antarabangsa mengenai matlamat pembangunan mampan dan kemajuan dunia yang telah tercapai dalam bidang ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,540
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....