000000
X
PALESTIN
Lawatan Rasmi Abbas dan Ucapan Terima Kasih Pada Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel atas Sokongan Terhadap Perjuangan Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
15 September 2023 | 10.45 pagi
HAVANA - Presiden Mahmoud Abbas membuat lawatan rasmi hari ini dengan Presiden Cuba Miguel Díaz-Canel di ibu negara Cuba, Havana. Pertemuan itu didahului dengan majlis sambutan rasmi di mana lagu kebangsaan kedua-dua negara Palestin dan Cuba dimainkan.

Semasa pertemuan itu, Presiden Abbas memberi penerangan kepada rakan sejawatannya dari Cuba mengenai perkembangan terkini isu-isu Palestin, terutamanya serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Serangan-serangan itu melibatkan kemusnahan harta benda, rumah, dan tempat keagamaan mereka. Puak penceroboh Israel juga sedang giat berusaha untuk memusnahkan penempatan dan merampas tanah milik rakyat Palestin.

Presiden Mahmoud Abbas menyatakan harapan dan doanya untuk kejayaan Republik Cuba dalam peranannya sebagai pengerusi Kumpulan 77+China, serta menegaskan semula bahawa Negara Palestin akan menyokong usaha mereka dan berusaha ke arah kejayaan mereka.

Beliau juga menzahirkan penghargaannya yang mendalam atas pendirian Cuba yang menyokong dan menyatakan solidariti terhadap perjuangan menuntut keadilan rakyat Palestin dalam membentuk negara merdeka mereka, dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Presiden Díaz-Canel juga memberi respon baik dengan mengesahkan sokongan tanpa syarat negaranya untuk perjuangan adil rakyat Palestin demi kebebasan, kedaulatan, dan pengiktirafan negara merdeka Palestin.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua presiden turut membincangkan hubungan dua hala dan cara untuk mengukuhkannya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,056
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....