000000
X
PALESTIN
Tentera Laut Israel Menembak Dua Nelayan Palestin di Selatan Gaza
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
18 September 2023 | 9.35 pagi
GAZA - Seorang nelayan dan anak lelakinya cedera akibat tembakan tentera laut rejim Israel pada petang Ahad lalu, di laut Gabenor Rafah, Selatan Semenanjung Gaza.

Wartawan pemberita melaporkan bahawa  tentera laut rejim Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan kira-kira empat batu nautika dari pantai Rafah. Tembakan yang dilepaskan  itu telah mencederakan dua nelayan. Mangsa dibawa ke hospital selepas kejadian tersebut.

Sejak Oktober 2000, pusat hak asasi manusia di Gaza telah mendokumentasikan beberapa pencerobohan Israel, termasuk pembunuhan dan rampasan bot terhadap para nelayan yang mempuyai kebenaran. Menurut perjanjian antarabangsa Palestin-Israel yang dijamin, menangkap ikan di dalam lingkungan 4 hingga 6 batu nautika dari pantai adalah dibenarkan

Walaupun perjanjian itu ditandatangani antara Palestin dan Israel, yang membenarkan nelayan pergi sejauh 12 batu nautika di dalam Laut Mediterranean, tentera  rejim Israel menyerang nelayan Gaza hampir setiap hari dan tidak membenarkan mereka pergi lebih jauh daripada tiga batu nautika. Menurut nelayan, jarak itu tidak mencukupi untuk menangkap ikan.

Sebilangan besar penduduk Gaza bergantung kepada hasil perikanan untuk kehidupan seharian berikutan sekatan ketat selama sedekad yang dikenakan oleh Israel di Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,988
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....