000000
X
PALESTIN
Penceroboh Haram Israel Membuat Cubaan Merampas Tanah Milik Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
18 September 2023 | 8.45 pagi
HEBRON - Penceroboh haram Israel cuba merampas kawasan besar tanah milik Palestin di kawasan Masafer Yatta, selatan bandar Hebron di Tebing Barat yang berada di bawah kekuasaan tentera rejim Israel Ahad lalu .

Aktivis anti-penempatan Rateb Jabour berkata bahawa berpuluh-puluh penceroboh haram meletakkan kawat berduri di sekitar kira-kira 50 donum milik keluarga al-Hathalin dan Zein. Kawasan itu bersebelahan dengan penempatan haram Israel di Karmaeil. Puak penceroboh haram Israel terus usaha untuk merampasnya dengan tujuan memperluaskan penempatan haram Israel itu .

Tentera rejim Israel telah mengeluarkan rancangan untuk memperluaskan penempatan tersebut dengan mengorbankan tanah Palestin yang terletak di antara kawasan Umm al-Khair dan Seddat al-Thaala khususnya di sebelah timur penempatan yang disebutkan di atas. Sementara itu, Masafer Yatta tertakluk kepada serangan berterusan oleh penceroboh haram Israel untuk merampas ribuan donum dari tanah rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,028
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....