000000
X
PALESTIN
Tahanan Palestin Protes dan Mogok Atas Tindakan Israel Sekat Hak Lawatan Keluarga
Oleh: Abdur Rahman Raji
11 September 2023 | 8.30 malam
Pejuang pembebasan Palestin yang dipenjara Israel mengumumkan hari ini bahawa mereka akan terus melangkah dalam perjuangan mereka menentang tindakan ganas penjara Israel walaupun keputusan kerajaan Israel untuk menangguhkan perbincangan mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, dalam menyasarkan serangan terhadap tahanan Palestin.

Ben Gvir, bertindak dengan kuasanya  sebagai Menteri Keselamatan Israel, telah menghadkan lawatan keluarga Palestin ke dalam penjara hanya sekali setiap dua bulan berbanding dengan sekali sebulan seperti yang diamalkan sebelum ini. Beliau sebelum ini juga telah memerintahkan langkah-langkah penderaan dilakukan terhadap para tahanan.

Jawatankuasa yang mewakili para tahanan memutuskan untuk mengambil beberapa langkah bagi menentang tindakan agresif Israel ini, termasuk memulakan mogok lapar terbuka di semua penjara bermula hari Khamis ini, satu langkah yang Israel bimbang boleh mencetuskan masalah di semua wilayah Palestin, berdasarkan tahap sensitiviti isu tahanan di kalangan rakyat Palestin.

"Penangguhan atau pembekuan perbincangan oleh kerajaan Israel mengenai keputusan untuk mengurangkan lawatan keluarga para tahanan untuk menyesuaikan diri dengan rancangan musuh tidak akan menipu kami atau rakyat kami, dan perjuangan kami di dalam dan di luar penjara akan terus berlanjutan sehingga kami mencapai matlamat kami dan menjauhkan musuh dari kami dan tempat-tempat suci kami," jelas Jawatankuasa Para Tahanan dalam satu kenyataan kepada media tempatan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,765
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....