000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri Palestin Menggesa UNICEF Bersuara Melindungi Kanak-Kanak Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
11 September 2023 | 10.55 pagi
TEBING BARAT – Perdana Menteri Mohammed Shtayyeh menggesa organisasi hak asasi manusia antarabangsa khususnya UNICEF, untuk campur tangan dalam menamatkan jenayah dan kekejaman yang dilakukan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang dilakukan pada setiap hari. 

Laporan berita baru-baru ini melaporkan jenayah yang disifatkan sebagai hukuman mati yang kejam ke atas kanak-kanak berusia 16 tahun Milad Munther Al-Ra’i di kem pelarian Al-Arroub di Tebing Barat. Kanak-kanak itu telah ditembak dengan kejam di bahagian dada dan belakang badan sehingga maut.

Dalam satu kenyataan akhbar, Shtayyeh berkata, "Milad dan semua syuhada seusianya tidak terkecuali kerana mereka kanak-kanak yang tidak bersalah dan masih menikmati zaman kanak-kanak. Namun, mereka menjadi sasaran penjenayah dan pengganas haram Israel yang terus membunuh kanak-kanak, menghancurkan hati mereka, ibu bapa dan saudara mara."

"Puak pembunuh dan pengganas Israel terdorong untuk terus melakukan jenayah kerana rasa bebas daripada sebarang hukuman dan undang-undang, dan tidak takut untuk mengulangi perbuatan kejam mereka yang kita saksikan pada setiap hari di semua wilayah Palestin," tambahnya.

Shtayyeh menggesa semua pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa terutamanya UNICEF, yang berautoriti dalam perlindungan kanak-kanak untuk campur tangan dan menamatkan pembunuhan harian yang dilakukan oleh penjenayah haram Israel yang didorong oleh motif untuk membunuh demi membunuh."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....