000000
X
PALESTIN
Wanita Palestin Ditangkap, Didera, Dicabul dan Diseksa Kejam
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
12 September 2023 | 10.50 pagi
TEBING BARAT -  Seorang wanita Palestin bernama Fatima Amarneh, 41, dari Jenin yang terletak di utara Tebing Barat, didera dan diseksa dengan sangat kejam dan zalim apabila dia ditangkap oleh polis rejim Israel di Baitulmaqdis menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan.

Menurut sumber, selepas melawatnya di penjara Damon di utara Israel, Amarneh memberitahu peguam Suruhanjaya Hanan Khatib bahawa dia  ditangkap pada pukul 9.00 malam pada 4 September. Beliau ditendang kerana dituduh cuba menyerang salah seorang dari puak rejim Israel. Puak rejim Israel yang  lain terus menyerangnya dan memukulnya dengan teruk sehingga dia tidak sedarkan diri. Apabila dia tersedar, dia mendapati dirinya terbelenggu di dalam jip polis.

Fatima Amarneh kemudiannya dipindahkan ke balai polis Jaffa Gate, al-Qishleh, di mana beliau disoal siasat, diseksa, didera dan dipukul dengan kejam. Dia juga diperlakukan dengan ganas dan dicabul, manakala polis wanita pula menggeledah beliau berkali-kali.

“Mereka memasukkan saya ke dalam bas pengangkut banduan dan mereka memijak saya dengan kuat. Kadang-kadang bas akan pergi laju dan kemudian berhenti secara tiba-tiba. Mereka memindahkan saya dari satu tempat ke tempat lain untuk memberi tekanan kepada saya dan menimbulkan kemarahan saya. Polis wanita mengetatkan gari saya untuk mencederakan saya semasa mereka menolak saya, menendang, dan memukul saya. Mereka mengoyakkan pakaian luar saya dan kemudian mereka memindahkan saya ke penjara Ramleh di mana saya tertidur tanpa makan apa-apa. Mereka kemudian memasukkan saya ke dalam kurungan bersendirian di dalam sel yang gelap, katil dan tilam kulit nipis, tanpa bantal, serta selimut yang kotor dan busuk. Tandas berlubang di lantai dan berbau sangat busuk. Selepas itu, saya dipindahkan ke penjara Damon,” kata Amarneh kepada peguamnya.

Peguam Khatib berkata kesan lebam pada badan banduan akibat pukulan teruk yang diterimanya semasa dia ditahan kelihatan jelas dan sebahagian pakaiannya mempunyai kesan darah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,906
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....