000000
X
PALESTIN
Perjuangan Rakyat Palestin dapat Sokongan Padu Jordan
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
11 September 2023 | 9.35 pagi
AMMAN, JORDAN - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat, Ayman Al-Safadi hari ini menerima kunjungan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein AlSheikh, dalam rangka kerja proses penyelarasan dan perundingan berterusan antara kerajaan Jordan dan negara Palestin.

Ayman Al-Safadi dan Hussein Al-Sheikh membincangkan usaha-usaha yang perlu diperkasakan untuk menghentikan kemelut di wilayah Palestin. Pertemuan itu juga bertujuan untuk mencari ufuk politik sebenar dalam rangka melancarkan semula rundingan yang serius dan berkesan bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh. Antara usaha yang dibincangkan juga ialah untuk mengangkat dan mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan berdaulat sejak 4 Jun 1967, dengan meletakkan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya. Dengan pengiktirafan ini,  negara Palestin boleh mempunyai keselamatan dan keamanan bersama Israel berdasarkan resolusi legitimasi antarabangsa dan rujukan yang diluluskan.

Mereka juga menegaskan keperluan untuk menghentikan kekejaman dan perbuatan penceroboh haram Israel yang menjejaskan peluang untuk mencapai keamanan. Mereka turut memberi amaran tentang bahaya jika pihak yang berautoriti untuk menangani kemelut ini tidak mengambil sebarang tindakan yang wajar.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,831
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....