000000
X
PALESTIN
Kanak-kanak terbunuh ditembak oleh Tentera Rejim Israel di Kem Pelarian Al-Arroub
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
10 September 2023 | 9.35 pagi
HEBRON - Menurut sumber tempatan, seorang kanak-kanak Palestin ditembak mati oleh tentera rejim Israel pada petang semalam di kem pelarian Al-Arroub yang terletak di wilayah Hebron, selatan Tebing Barat.

Wartawan pemberita melaporkan, tentera rejim Israel melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata beracun ke arah sekumpulan pemuda dan kanak-kanak semasa serbuan di kem tersebut. Serbuan itu mengakibatkan Milad Munther Al-Ra'i, 16 tahun. Al-Ra'I mengalami kecederaan parah dan berada dalam tahap kritikal. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata kanak-kanak itu ditembak di bahagian dada dan belakang semasa konfrontasi di kem. Pasukan perubatan mereka melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum memindahkannya ke Hospital Al-Yamama di bandar Bethlehem, di mana dia disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan yang diterima, terdapat ramai lagi rakyat Palestin yang sesak nafas akibat terhidu gas beracun yang  dilepaskan menggunakan gas pemedih mata beracun oleh tentera rejim Israel. Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera rejim Israel setakat ini.

Insiden tragis ini sekali lagi menggariskan penggunaan salah guna kuasa yang menggunakan kekerasan sehingga maut oleh tentera rejim Israel yang secara jelas telah melampaui batas terhadap orang awam Palestin. Kekerasan itu juga melibatkan kanak-kanak dan wanita. Ianya menimbulkan kebimbangan dari sudut keselamatan dan perlindungan penduduk Palestin yang hidup di bawah penguasaan tentera rejim Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,800
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....