000000
X
PALESTIN
Kementerian Luar Jerman Menandatangani Memorandum Penubuhan Pejabat Perwakilan Bank di Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
7 September 2023 | 9.00 pagi
RAMALLAH – Kementerian Luar Negeri dan Bank Pembangunan Jerman menandatangani memorandum persefahaman di bawah naungan Perdana Menteri, untuk menubuhkan pejabat perwakilan Bank Pembangunan Jerman (KfW) di Palestin.

Timbalan Setiausaha Kementerian Luar, Amal Jado dan Christiane Laibach, ahli Lembaga Eksekutif KfW Bank, telah menandatangani memorandum itu di pejabat perdana menteri di Ramallah.

Jado berkata bahawa penubuhan pejabat perwakilan Bank KfW di Palestin adalah pengesahan perkongsian berterusan antara Bank dan Palestin serta sokongan berterusannya dalam pelbagai sektor sebagai petunjuk komitmen untuk menyokong rakyat Palestin dan mengukuhkan hubungan dua hala antara Palestin dan Jerman.

Bagi pihaknya, Laibach berkata pemeteraian memorandum itu mencerminkan hubungan kerjasama jangka panjang antara Palestin, Jerman dan Bank Pembangunan, di mana ia melaksanakan banyak projek dalam pelbagai sektor. Sebagao contoh, infrastruktur, air, pendidikan dan menyokong projek kecil di Gaza dan Tebing Barat. “Kami berharap untuk membangunkan hubungan ini seiring untuk masa depan yang lebih baik untuk rakyat Palestin,” katanya.

Anne-Sophie Beckedorf, pemangku Ketua Misi Pejabat Perwakilan Jerman di Ramallah berkata, bank berkenaan telah wujud di Palestin selama 30 tahun untuk mengangkat kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Palestin. Malah, pendaftaran rasmi merupakan tanda pengukuhan hubungan bahawa Jerman memihak kepada rakyat Palestin dan komited terhadap hak mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,757
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....