000000
X
PALESTIN
Delegasi AS Membuat Perbincangan Tentang Normalisasi Israel dan Peperangan di Yaman
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
7 September 2023 | 8.45 pagi
RIYADH - Rumah Putih mengumumkan kehadiran delegasi Amerika di Kerajaan Arab Saudi pada Selasa lalu untuk membincangkan pelbagai isu serantau, terutamanya normalisasi hubungan dengan entiti Israel dan perang di Yaman. 

Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan berkata, dalam satu kenyataan akhbar, bahawa utusan pentadbiran AS ke Timur Tengah, Brett McGurk serta Penolong Setiausaha Negara Barbara Leaf, menyertai utusan khas AS ke Yaman, Tim Lenderking yang kini berada di Riyadh. 

Sullivan menyatakan pasukan yang berada di Riyadh sedang membincangkan usaha normalisasi (dengan Israel) serta pelbagai isu serantau yang lebih luas, termasuk perang yang berterusan di Yaman." 

Jurucakap Rumah Putih berkata bahawa Amerika Syarikat berusaha untuk mengekalkan gencatan senjata yang telah berlaku di Yaman selama hampir dua tahun demi mencapai "keamanan yang berkekalan" di Yaman. 

Sullivan menambah, "Brit akan bertemu kemudian Putera Mahkota Bahrain (Putera Salman bin Hamad Al Khalifa) serta bercakap dengan rakyat Palestin mengenai pelbagai isu berkaitan fail Israel-Palestin dan Normalisasi akan menjadi salah satu topik dalam agenda." 

Mengulas mengenai dua panggilan telefon yang dibuat oleh Setiausaha Negara Anthony Blinken, awal hari ini, dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu serta Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas, Sullivan berkata bahawa beliau "tidak menjangkakan sebarang pengumuman atau kejayaan yang akan berlaku dalam tempoh yang akan datang" berhubung normalisasi. 

Abbas, Blinken mengesahkan sokongan AS sebagai langkah-langkah untuk mengekalkan kuasa terhadap rakyat Palestin." Blinken berbincang dengan Abbas mengenai sokongan mereka untuk penyelesaian dua negara dan penentangan terhadap langkah-langkah yang mengancam pelaksanaannya." 

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller, dalam gesaannya dengan Netanyahu, Blinken menekankan “kekuatan perkongsian dua hala dan komitmen Amerika Syarikat terhadap keselamatan Israel,”. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,365
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....