000000
X
PALESTIN
Tiga Warga Palestin Cedera Ditembak Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
8 September 2023 | 7.30 malam
Tiga warga Palestin cedera akibat terkena tembakan hari ini, ketika rejim tentera Israel menyerang secara ganas sebuah perhimpunan anti-penjajahan yang diadakan secara mingguan di kampung Kafr Qaddoum di sebelah timur Qalqilia.

Menurut sumber tempatan, rejim Israel menyerang dengan menggunakan peluru getah dan bom gas pemedih mata, dan turut  berlaku pergaduhan.

Sekurang-kurangnya tiga orang mangsa tercedera akibat peluru getah berlapis keluli dan beberapa mangsa lain terpaksa menghirup gas pemedih mata. Kesemua mangsa dapat menerima rawatan di tempat kejadian.

Penduduk tempatan juga mengadakan perhimpunan bagi mengecam jenayah berterusan penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,513
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....