000000
X
PALESTIN
OIC Mengutuk Sekeras-kerasnya Pencabulan Tentera Israel Terhadap Lima Wanita Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
7 September 2023 | 9.45 pagi
JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam terhadap lima wanita Palestin, yang dipaksa berbogel oleh puak tentera rejim Israel semasa serbuan tentera di Hebron pada Julai lalu.

Menurut Haaretz, dua askar wanita Israel bertopeng dan bersenapang beserta seekor anjing penyerang memaksa lima wanita Palestin sekeluarga berbogel di bandar Hebron, Tebing Barat pada Julai lalu. Askar mengancam untuk melepaskan anjing itu jika wanita itu tidak mematuhinya, lapor Haaretz.

OIC memperbaharui gesaannya agar pertubuhan antarabangsa yang berkenaan memikul tanggungjawab mereka dengan menekan Israel, dan pihak berkuasa mereka untuk menghentikan pencabulan hak asasi manusia di wilayah Palestin dan membawa ke muka pengadilan secara sah dan mendakwa kes ini sebagai jenayah di hadapan badan antarabangsa yang berkuasa dan berwibawa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,249
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....