000000
X
PALESTIN
Pelampau Israel Dianggap Mengisytiharkan Perang Kewangan
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
6 September 2023 | 10.15 pagi
TEBING BARAT - Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh hari ini berkata bahawa pemotongan amaun tambahan pihak berkuasa rejim Israel daripada dana pelepasan Palestin untuk hutang Syarikat Elektrik Gabenor Baitulmaqdis adalah sebuah rompakan dan kecurian yang sistematik memandangkan syarikat ini adalah milik persendirian dan tidak bergabung dengan Pihak Berkuasa Kebangsaan.

Pemotongan ini ialah salah satu bentuk jenayah yang dilakukan oleh puak penjajah Israel. Ianya telah melanggar kesucian, dan keamanan antara agama Islam dan Kristian serta ketiadaan ufuk politik dan ancaman-ancaman ini adalah "resipi untuk letupan", Perdana Menteri memberi amaran.

Beliau menambah bahawa potongan ini adalah pengisytiharan perang kewangan yang melengkapkan perang politik berterusan terhadap rakyat Palestin. Melalui perang kewangan ini, pihak berkuasa Israel bertujuan untuk melemahkan impian rakyat kita untuk mendapatkan hak mereka dan menubuhkan negara merdeka dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Shtayyeh berkata bahawa jenayah dan pelanggaran ini mencerminkan tahap yang dicapai oleh pihak Israel dalam penentangan mereka terhadap undang-undang antarabangsa sekaligus mengambil kesempatan daripada ketiadaan akauntabiliti dan perasaan bahawa mereka selamat daripada sebarang hukuman.

Beliau menegaskan bahawa ancaman-ancaman ini tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin daripada mempertahankan hak sah mereka serta menjaga tanah, kesucian, dan harta milik mereka sendiri.

Mohammed Shtayyeh menyeru Amerika Syarikat dan negara-negara Kesatuan Eropah untuk turut campur tangan dalam menghentikan semua dasar dan kekejaman puak ini, serta memberi amaran tentang kekejaman dan bahayanya puak penjajah haram Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,046
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....