000000
X
PALESTIN
Perdana Menteri Mengecam Tindakan Tidak Bermoral Rejim Israel Mencabul Maruah Lima Wanita Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
6 September 2023 | 10.45 pagi
TEBING BARAT - Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh pada hari ini mengecam apa yang disifatkannya sebagai pencabulan keterlaluan yang dilakukan terhadap wanita Palestin di Hebron. Hal ini merujuk kepada lima wanita Palestin yang dipaksa melepaskan seluruh pakaian oleh tentera rejim Israel semasa serbuan tentera di Hebron pada bulan Julai lalu.

Menurut Haaretz, dua askar wanita Israel bertopeng dan bersenapang serta seekor anjing penyerang memaksa lima ahli wanita keluarga Palestin berbogel di bandar Hebron, Tebing Barat pada Julai lalu. Tentera rejim Israel mengancam untuk melepaskan anjing itu jika wanita itu tidak mematuhinya, lapor Haaretz.

Perdana menteri menyifatkan tindakan Israel ini sebagai tindakan terkutuk dan memalukan yang menggambarkan kerendahan moral dan maruah yang menjadi kebiasaan puak penjajah haram Israel ke atas rakyat Palestin tanpa sedikitpun menghiraukan undang-undang dan peraturan antarabangsa.

Mengulas mengenai apa yang didedahkan oleh pertubuhan hak asasi manusia Israel, Shtayyeh berkata, "Mencabuli kesucian rumah tangga kami dan mencederakan wanita kami adalah tindakan provokatif, memalukan, dan dahsyat, yang hanya diamalkan oleh mereka yang dilucutkan akhlak dan nilai kemanusiaan. "

Shtayyeh menyeru negara-negara di dunia untuk mengutuk pencabulan yang mengerikan ini dan membawa pelakunya ke muka pengadilan antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,131
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....