000000
X
PALESTIN
Lapan Warga Palestin Ditahan Rejim Israel, Diserbu Dalam Rumah
Oleh: Abdur Rahman Raji
6 September 2023 | 7.30 malam
Rejim tentera Israel menyerbu sebuah kem pelarian di Jenin hari ini, dan telah menahan semula seorang bekas tahanan warga Palestin berumur 41 tahun yang sebelum ini pernah dipenjarakan selama 12 tahun atas tuduhan menentang penjajahan Israel. Mangsa juga adalah salah seorang daripada lapan warga Palestin yang ditahan oleh rejim tentera Israel dalam operasi penahanan besar-besaran hari ini.

Di daerah pemerintahan Hebron di selatan Wilayah Barat, rejim tentera Israel telah menahan tiga warga Palestin, yang berasal dari bandar Surif dan Sair.

Selain itu rejim tentera juga menahan seorang individu dari bandar Beit Rima, di barat laut Ramallah, selepas menyerbu rumah keluarganya.

Seorang lagi penduduk kem pelarian Nur Shams di bandar Tulkarm di wilayah utara Wilayah Barat telah ditahan di sekatan rejim tentera di barat Nablus. Menurut Jawatankuasa Masyarakat Tahanan Palestin, terdapat dua individu lain ditahan di rumah mereka di kawasan Jabal al-Mukhabber di Baitulmaqdis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,302
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....