000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Keluarkan 50 Notis Roboh Tanah Milik Warga Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
5 September 2023 | 7.30 malam
Rejim tentera Israel telah menghantar 50 notis untuk merobohkan struktur tanah kampung Duma, selatan bandar Nablus. 

Menurut Ketua Majlis Kampung Duma, Suleiman Dawabsha, pihak rejim Israel itu telah menyerbu kawasan timur dan selatan kampung Duma  serta mengedarkan 50 notis, termasuk satu untuk meruntuhkan sebuah kawasan pertanian dan  sebuah jalan yang baru dibuka.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak rejim Israel mendakwa tanah-tanah kawasan itu adalah milik Israel dan terletak di Kawasan C sepertimana mengikut klasifikasi Perjanjian Oslo, sambil menegaskan bahawa semua tanah yang diberi notis adalah asalnya milik persendirian warga Palestin, dan pemilik-pemiliknya mempunyai dokumen yang membuktikan hak milik mereka.

Kementerian Kerajaan Tempatan Palestin menyatakan bahawa notis-notis ini adalah tidak sah dan melanggar norma dan perjanjian antarabangsa kerana ia menafikan hak pemilik tanah untuk menggunakannya dengan cara apa saja yang mereka inginkan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,421
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....